Kekecohan yang jarang-jarang terjadi, berlaku di Thailand selepas gambar
seorang sami Buddha memegang buah dada seseorang yang ketika itu dalam
keadaan separuh bogel.
Gambar dipaparkan pada laman sesawang Facebook itu dimuat naik minggu
lalu dan setakat ini dilihat ratusan ribu orang - kebanyakannya marah
kepada sami terbabit.
Namun, kesan kekecohan itu ‘wanita’ yang digambarkan dalam imej berkenaan tampil untuk memberi penjelasan.
Katanya, dia dilahirkan sebagai seorang lelaki.
Dalam temubual dengan akhbar Morning Post, ‘wanita’ itu berkata, dia
menjalani terapi hormon yang menyebabkan buah dadanya membesar.

“Saya tidak menjalani sebarang pembedahan mengubah jantina atau implan buah dada,” katanya.
Menurut individu itu, seseorang wanita tidak boleh berada atau mengimpikan berada terlalu hampir dengan seorang sami.
Katanya, dia bertemu sami dari sebuah kuil di Kemboja itu di rumah keluarganya untuk mendapatkan restu.
Antara ritual yang dijalankan, katanya, ialah menulis mesej pada tubuhnya.
Memperkenalkan dirinya hanya sebagai Thanradaporn, dia mengakui berasa
bersalah dengan reaksi orang ramai terhadap sami terbabit.- Agensi
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=1Pyn_W7pqMg

0 Comments for " VIDEO: Sami Dikecam Kerana Sentuh Dada ‘Wanita’ VIDEO: Sami Dikecam Kerana Sentuh Dada ‘Wanita’ "