Taiping Tempat Yang Menarik Yang patut anda Kunjungi

Tempat Menarik lawatan ke Taiping

Taiping Bandar Warisan.. Kira-kira 31 bahan sejarah pertama bermula di bandar ini sesuai dengan namanya Taiping Bandar Warisan.  Sumber dari Kosmo Online... "Hakikatnya, keistimewaan Taiping sebagai bandar warisan tidak boleh dipertikaikan lagi apabila Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menyenaraikan rekod 31 perkara yang terdapat di sana merupakan yang tertua di Malaysia."

Jadi di sini hasil kajian di google dan juga pengalaman akak sendiri jom kita tengok tempat menarik untuk dilawati kalau pergi ke Taiping...
1) Taman Tasik Taiping 

Jom layan perasaan di Taman Tasik yang aman damaini dan pemandangannya yang sangat menarik. Seronok dapat berkelah bersama keluarga di sini dengan cuacanya yang sangat nyaman. Seronoknya dapat menghirup udara yang bersih. Banyak juga filem yang menjalankan penggambaran di sini .. Malah dulu ungkapan From Taiping With Love menjadi fenomena... Sebenarnya di kawasan Taman Tasik Taipingni ada macam-macam tarikan untuk kita nikmati.. Umpamanya Taiping Equine yang ada menyediakan aktiviti menunggang kuda. Kalau nak meronda di Taman Tasik juga akan kelihatan deretan kubur yang sangat tersusun terletaknya 'Taiping War Cemetery". Di sini juga terletaknya satu air terjun dengan kemudahan asas untuk orang ramai iaitu "Burmese Pool Waterfall". Ha lagi satu sebelum naik Bukit Larut misalnya kita boleh singgah ke kolam renang awam pertama di Malaysia iaitu Coronation Pool yang terletak berhampiran dengan kaki bukit Larut tempat untuk menunggu jip naik ke Bukit Larut..
Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman tasik ini dibuka pada tahun 1880Zoo Taiping terletak di taman tasik ini. Keluasan taman tasik di bandar Taiping ini, mencapai hingga 62 hektar. (sumber :: Wikipedia)
Kami pernah berkelah di Taman Tasik Taiping tahun 2009 .... 

2) Zoo Taiping dan Night Safari

Kalau ada anak kecil dan punyai masa yang panjang apa salahnya berkunjung ke Zoo Taiping untuk mendekatkan kita kepada alam semulajadi.
Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill).Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.(Sumber :::: Majlis Perbandaran Taiping)
Melihat haiwan di waktu siang tentulah tidak sama dengan waktu malam.. Ini merupakan pengalaman baru yang harus kita alami.  Masani kita boleh melihat haiwan yang sangat aktif diwaktu malam. Kami pernah sampai sini, jom baca blog akak untuk catatan night safari zoo Taiping
Tahukah Anda?

Night Safari merupakan zoo ke-3 di dunia yang dibuka pada waktu malam selepas zoo di China dan Singapura. (Sumber ::: Majlis Perbandaran Taiping)
Mengunjungi Night Safari pada tahun 2011

3) Bukit Larut

Dah sampai ke Taman Tasik tak salah rasanya kalau naik ke Bukit Larut.  Satu pengalaman menarik untuk sampai ke puncak sana dengan menaiki jip.. Tiba di puncak sana pula dapat menikmati pemandangan indah memang menakjubkan.. Sesuai untuk pencinta alam dan kalau tak penah sampai sini harus pergi.. Jom baca entri akak pasal  BUKIT LARUT
Bukit Larut atau Bukit Maxwell di Taiping, Perak adalah pusat peranginan tanah tinggi tertua di Malaysia. Nama bukit itu sempena residen British, George Maxwell yang bertugas di kawasan itu pada 1880. Kawasan ini adalah lokasi paling lembap di Malaysia. (sumber :: My Metro)
Percaya tak sejuk di atas puncakni... 
4) Muzium Perak
Mesti singgah sini untuk mempelajari sesuatu tentang sejarah ..
Muzium PerakTaiping merupakan muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu. Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.
Melawat Muzium Perak entah untuk keberapa kalinya... 
6) Pekan Taiping


Jangan lupa dengan Pekan Taiping alah dah jadi bandarpunkan. Bangunan yang sangat lama jadi bolehler kita rasa macam melancong kat Eropah gitu. Sumber dari Majlis Perbandaran Taiping :-
Bangunan-bangunan warisan yang terdapat di Taiping lebih tertumpu kepada bangunan kerajaan dan rumah kedai di mana senibinanya adalah dari pengaruh Inggeris. Terdapat 83 rumah kedai dan 34 bangunan-bangunan awam di Taiping. Rumah kedai merupakan bangunan yang paling nyata dan menjadi tanda tempat yang penting di Taiping. 


Malahan menurut pendapat umum, pekan Taiping sudah pun muncul dengan bangunan-bangunan dan rumah-rumah batu sedangkan ketika itu Kuala Lumpur masih lagi dipenuhi rumah-rumah usang seperti bangsal. Rekabentuk kedai-kedai serta bangunan-bangunan kerajaan masih kelihatan utuh dan menarik di mana pengunjung dapat merasai nostalgia zaman kegemilangan Taiping melalui bangunan-bangunan sejarah ini. 
Paling penting banyak perkara yang pertama berlaku di pekan Taiping ini.. Jadi jika mencintai sejarah Taiping adalah tempat yang sesuai...  

7) Muzium Sejarah Matang 

Dua kali makan di Mi Udang Mak Jah hanya lalu sahaja di Muzium ini .. jadi akak belum lagi sampai ke sini. Mungkin suatu hari nanti pasti akan dapat juga kami merasai pengalaman di Muzium Sejarah Matang ini pula... 
Muzium Sejarah Matang(dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim) yang terletak di Bukit Gantang, Matang (dulu Permatang), Perak, telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan adalah anak kepada Cek Long Jaffar orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama. Muzium ini adalah merupakan sebuah bangunan yang beliau jadikan sebagai rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut dan ditempatkan di kawasan seluas 0.8094 hektar. Bangunan ini dibina hanya menggunakan bahan-bahan yang terdiri daripada batu batan sahaja. (Sumber ::: Jabatan Muzium Negara) 
Jom baca blog ini  yang boleh bagi info lebih dalam :- MUZIUM MATANG

8) Hutan Eko Pendidikan Paya Larut Matang

Walaupun dah berapa kali ke Taiping akak juga tidak pernah lagi sampai ke sini. Nampak macam menarik tertarik tapi mungkin sebab ikut adik akak yang kurang berminat dengan alam sekitar jadi tak sampailah kami ke sini...
Diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906, Hutan Paya Bakau Matang ini berkeluasan kira-kira 40,000 hektar. Ia adalah rizab hutan paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia. Matang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan habitat yang tinggal di kawasan paya bakau dan dataran lumpur.

Pengunjung juga boleh menaiki bot menyusuri sungai pada waktu malam untuk melihat kelip-kelip atau kunang-kunang.  
Antara aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di situ ialah melihat kehijauan pokok bakau dan memerhati burung yang pelbagai spesies. jom melancong
Cantikkan keindahan alam ciptaan Illahi ini... 

Jangan risau ada penginapan juga disini..Sumber dari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang terletak daerah Matang, Perak. Kemudahan lain yang terdapat di hutan lipur ini adalah pondok rehat, tapak perkhemahan, chalet, jeti bot, dan tandas. . 
9) Kuala Sepetang

Pekan Kuala Sepetangnipun akak tak pernah sampai lagi. Lawatan ke Taiping pada tahun lepas ingat nak singgah sini tapi kesuntukan masa jadi di tangguhkan untuk percutian Taiping masa akan datang...
KUALA Sepetang dahulunya dikenali sebagai Port Weld. Tapak stesen kereta api terawal negara itu juga sinonim dengan kelazatan mi udang.
Namun, ada satu perkara yang mungkin tidak diketahui ramai tentang mukim yang terletak di daerah Larut, Matang dan Selama itu. Ia juga sebenarnya terkenal dengan industri kayu arang.(sumber : Kosmo Online)
Ada lagi tarikan di Kuala Sepetang yang harus kita cuba
-Menaiki bot dan melakukan aktiviti nelayan memancing,menangkul kerang,melihat burung
-Menjelahi sungai(river cruise)sekitar Kg nelayan
-Melihat kelip-kelip jam 0800 mlm ke atas
-Lawatan ke Kilang Arang
-Lawatan ke Pusat Pendidikan Hutang Paya Laut Matang

0 Comments for "Taiping Tempat Yang Menarik Yang patut anda Kunjungi"

Back To Top